Thursday, February 1, 2024

Random End-of-January Rant

Hello reader(s), Assalamualaikum. 

In case you've accidentally landed here, uhm, welcome, I guess?

This is unrelated to anyone. Probably just a random rant. A nonsensical, pointless and no-point rant to be exact. 

This past January had been rough. Not saying the heart-wrecking kinda rough, but, a roller coaster kinda feelings. Sedih, sendu, happy, terkejut, awkward, hampa, kecewa, bangga, rindu, penat, bersyukur. Those kinda feelings.

I randomly re-write in this blog after like berapa bulan entah, sebab terfikir nak tulis dalam IG, tapi nanti berjela, dan rasa macam a bit too personal pula. Maka, di sinilah saya mendarat. 

Januari kali ni terasa panjang, dan memenatkan. Entahlah sebab naik dari cuti panjang ke, sebab hadap report yang dari tahun lepas tak siap-siap ke, sebab urusan haji ke, sebab kena tukar team ke, sebab buat larangan-Nya ke... Entahlah. Mungkin a little bit of everything. 

Terasa hanyut. Both literally and figuratively. Lagi-lagi bila baca balik posting blog ni yang lama-lama. Ke mana perginya Atika yang dulu? Apa terjadi dengan dia? Kenapa dia dah berubah? Kenapa jadi semakin munafik? Kenapa semakin tak sihat? Old those kenapas...

Sendu tu entah. Mungkin sebab dah selalu bergelumang dengan dosa, sampai dah jadi terbiasa, dah jadi habit. Cant shed it. 

Kadang-kadang rasa tak puas hati. Rasa nak memberontak, rasa marah. I am able to understand the situation and that is the thing that makes me even angrier. To myself of course. Sebab I boleh faham and rationalise the situation and I am able to grasp the thought on why it has come to that choice. 


Anyway, cringe betul ya baca postings yang dulu. Siap emoticon ^^, guna KGN Tika. Help 😭Okaylah, tu je kot dulu. Tengoklah kalau sat gi bila-bila tiba-tiba rajin nak membebel lagi. Okay bye!

Wednesday, May 24, 2023

Mengapa Langit Itu Biru?

 Kerana, 

Andai hitam warna asasnya, 
Maka siang dan malam tiada beza.

Andai hanya putih mewarnai, 
Suramlah corak awan yang senantiasa menaungi.

Andai hijau bukan bukan lagi paksi bumi, 
Hilanglah Gunung Sinai yang menjadi saksi.

Dan, 

Andai langit berwarna jingga, 
Maka sirnalah ilham buat pujangga. 

Friday, January 17, 2020

Tudung labuh, tapi perangai macam.......

"Eh, diakan tudung labuh, tapi cakap macam ************"
"Harap je pakai niqab, perangai macam *************"
"Dia yang tudung labuh pun buat macam tu, yang lain?"

Assalamua'laikum warahmatullah. Hmm, ni antara kata-kata yang sering Tika dengar atau baca. 1 perkara Tika nak bagitau, pakai tudung labuh, tak bermakna muslimah itu sempurna, pakai niqab tidak menjamin kesempurnaan dirinya. Ketahuilah bahawa muslimah tersebut masih dalam proses berubah, sedikit demi sedikit bergerak ke arah jalan-Nya. Ingat, tiada makhluk yang sempurna melainkan Pencipta kita yang 1, Allahu Rabbi. Lagi 1, seandainya kita nampak seorang muslimah yang bertudung labuh itu membuat kesilapan, janganlah kita anggap bahawa semua muslimah yang bertudung labuh tu semuanya sama. Tak. Jangan sesekali fikir macam tu, ya?

Kadang-kadang, tanpa kita sedar, ayat-ayat kat atas tadi tu, sedikit sebanyak meruntuhkan semangat mereka untuk berubah. Berdakwah biar berhikmah. Kan Nabi Muhammad Sallallahu a'laihiwasallam (Alhamdulillah, dapat dah pahala selawat sambil2 baca entri ni kan? ^-^) ajar macam tu? Jadi, ingat ya, jangan terus mengecam, siasat dulu ^-^
Tak percaya, buka buku teks tingkatan 2, tajuk ke-8, Mencontohi dakwah Rasulullah.

Seterusnya, buat para Muslimah, perhiasan dunia, bakal bidadari syurga milik Allah sekalian, (Amin), di sini, saya nak mohon 1 perkara, selaku Muslimah yang memegang nama Agama kita, peliharalah diri kita ni, selaku cerminan agama kita, lihatlah diri kita ini, kita bawa nama agama tau. Tengok balik cara kita bercakap, perangai kita, cara kita berhadapan dengan ajnabi, ikhtilat kita.  Segala-galanya. Ingat, ya? Jangan berubah kerana hendakkan nama. Berubahlah kerana Allah. Mohonlah agar sentiasa istiqamah. In sha Allah.

Sama-sama kita berubah. Maaf andai ada yang terasa hati. Tiada niat di hati untuk memerli sesiapa. Entri kali ini merupakan pengalaman saya sendiri dan juga pengaruh baca blog http://mehmedfetih.blogspot.com ^-^ Tika juga masih dalam proses berubah, in sha Allah kerana-Nya. Doakan, ya? ^-^ 

Akhir kalam, maaf sekali lagi.
Kepada insan yang telah membuka pintu hati ini untuk berubah, syukran jazilan saya ucapkan. Andai dirimu membaca entri kali ini, ketahuilah bahawa bukan niatku untuk memerli, mengeji, apatah lagi membenci, malah daku bersyukur kerana Allah menitipkan dirimu sebagai pengantara-Nya untuk membimbing daku, mengajar dan  mendidik daku untuk menjadi Muslimah sejati, in sha Allah. Sentiasa kukenang jasamu. :') Salam ukhuwah wa mahabbah fillah 'til Jannah. Assalamua'laikum warahmatullah ^-^

Random End-of-January Rant

Hello reader(s), Assalamualaikum.  In case you've accidentally landed here, uhm, welcome, I guess? This is unrelated to anyone. Probably...